Refinance
Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan (Refinance)
Bermaksud memindahkan pinjaman rumah yang sedia ada kepada pinjaman yang baru. Contohnya daripada bank A ke bank B ataupun bank yang sama tapi pakej pinjaman berlainan Tujuannya untuk mengurangkan kadar faedah atau mendapatkan wang tunai.
Contohnya:
Ali membeli sebuah rumah teres yang bernilai RM180k pada tahun 2007. Kawasan kediaman Ali itu pesat membangun dan pada 2010 harga pasarannya menigkat ke RM220k. Ali bakal mendapat pinjaman berjumlah RM198k (90% dari nilai rumah). Katakan baki pinjamannya tinggal 160k,maka lebihannya dia akan dapat cash kat tangan RM38k (198k-160k).
Lebihan cash tu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mengurangkan kadar faedah, modal perniagaan ataupun melabur untuk menjana lebih pendapatan.
Di antara kebaikan refinance adalah:
1-Kurangkkan Interest dan Ansuran Bulan - Apabila anda dapat pinjaman baru dengan kadar interest yang lebih rendah untuk refinance rumah, maka anda boleh berjimat dengan bayaran bulanan yg rendah!
2-Mendapatkan Tunai (Cash Out) - Bagi yg memerlukan wang tunai. Ini sekiranya nilai rumah anda melebihi baki pinjaman yang tinggal (Market Value - Baki Pinjaman = Cash Out).
3-Bertukar ke Islamic @ Fixed Rate - Anda boleh tukar daripada pinjaman konvensional flexible interest (yang interestnya turun naik) kepada fixed interest rate ataupun pinjaman perumahan islamik. Sekiranya interest semasa adalah rendah, anda boleh guna cara ini untuk menikmati kadar faedah rendah untuk seluruh tempoh pinjaman.
4-Kurangkan Tempoh pinjaman - Penjimatan daripada refinance (dengan kadar interest yang lebih rendah), boleh digunakan untuk mengurangkan tempoh pinjaman sekiranya anda tidak ingin mengurangkan ansuran bulanan.
5-Menyatukan semua pinjaman anda (consolidation) - Anda boleh menggunakan wang tunai daripada cash-out untuk settle pinjaman lain seperti pinjaman kereta, personal loan, hutang kad kredit dan sebagainya. Jadi, anda hanya perlu bayar pinjaman perumahan sahaja setiap bulan.
Isi Borang Pembiayaan Semula Pinjaman dan kami akan mencari pakej pinjaman yang paling sesuai untuk anda
Subscribe to:
Posts (Atom)