Deed of Assignment atau surat ikatan tugasan adalah dokumen perjanjian yang membuktikan pemindahan hak milik. Ia digunakan apabila hartanah masih lagi dibawah geran induk.
Apa itu geran? Geran adalah satu sistem yang diadaptasi dari undang-undang Australia yang mana pasa setiap pemilikan hartanah itu disertakan sekali dokumen atau sijil hak milik yang kini dikenali sebagai “Geran”. Sama seperti surat hak milik kenderaan kereta kita, yang mana bank akan menyimpannya, sebagai pemilik anda boleh meminta salinan geran untuk simpanan dan rujukan peribadi.
Jika ada hartanah yang masih didalam pembinaan tetapi hartanah terbabit walaupun “pegangan bebas – freehold” pemaju tidak memberi apa-apa dokumen salinan peganggan seperti sijil hak milik atau geran? Senario ini adalah satu contoh yang mana pemaju sewaktu pembinaan tidak menghantar permohonan pada pejabat tanah negeri untuk memecahkan tanah-tanah tersebut kepada lot-lot individu.
kadang-kadang kita terlepas pandang akan cara dan teknik baling batu sembunyi tangan dari pihak pemaju.
Caranya dengan menawarkan harga yang rendah berbanding sesuatu kawasan itu, dan segalanya diberikan percuma. Anda hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM500 dan tunggu selama 2 tahun anda boleh memiliki rumah. Ini bakal menarik ramai pembeli tetapi pembeli ini bakal berhadapan cara yang sama apabila mereka ingin menukar nama pemilik atau mungkin juga masalah suatu masa nanti, jadi berhati – hati.
Pemaju kebiasaanya akan memindah hak milik tanah itu kepada anda jika status tanah tersebut didalam geran individu, dan anda juga akan menandatangani satu surat memorandum pemindahan (MOT) tanah. Jika anda membeli hartanah tanpa menandatangani apa-apa memorandum pemindahan (MOT) ini boleh disimpulkan bahawa tanah belian itu masih didalam “geran induk” atau dikenali sebagai “master title”.
Disebabkan hartanah terbabit didalam bentuk “geran induk” pemaju akan membina perjanjian asing yang mana ia dipanggil Surat Ikatan Tugasan (Deed of Assignment atau DOA). Pada dasarnya ia bertujuan untuk membuktikan bahawa pihak pemaju sebagai pemilik tanah bersetuju dan berjanji untuk membenarkan anda sebagai pemilik sementara menggunakan hartanah ini tetapi tertakluk pada syarat dan terma yang terkandung didalam perjanjian DOA yang telah di setem. Walau pun anda yang membayar wang ansuran bulanan, rumah itu tetap bukan hak milik anda sehinggalah adanya sijil pegangan strata atau lebih dikenali sebagai “Strata Title”(untuk rumah bertingkat) atau Sijil pegangan individu “Individual Title” (untuk rumah bertanah) dikeluarkan.
Walau bagaimana pun Deed of assignment adalah satu pegangan hartanah yang juga penting jika anda memilikinya ia sepatutunya diletakkan ditempat yang selamat bersama-sama perjanjian jual beli. Cuma hartanah jenis pegangan induk ini kebiasaanya adalah hartanah bertingkat seperti pangsapuri (apartment), kondominium (Condominium) dan kedai pejabat (Shop office) yang bertingkat dan mempunyai lot atau unit yang belainan pemilik. Sebagai pemilik baru (sementara) anda tidak boleh memindah, mencagar atau menjual hartanah ini melainkan ia mendapat kebenaran dari pihak pemaju